KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.
Syarikat penerbangan itu dalam kemas kini di media sosialnya hari ini berkata perkembangan positif ini adalah susulan pembatalan penerbangan yang perlu dilaksanakan akibat letusan gunung berapi di Gunung Ruang, Indonesia.
"Sementara syarikat penerbangan dalam usaha untuk memulihkan operasi biasa secepat mungkin, beberapa penerbangan Malaysia Airlines yang dijadualkan hari ini telah dibatalkan dengan mempertimbangkan keadaan cuaca dan keselamatan operasi," katanya.
Menurutnya ia akan memberi kemas kini pada akaun media sosialnya secara berkala dan berkomunikasi terus dengan pelanggan yang terjejas sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap penerbangan.
"Penumpang diminta mengemas kini butiran maklumat untuk dihubungi melalui My Booking di laman web Malaysia Airlines untuk menerima kemas kini yang tepat pada masanya dari semasa ke semasa melalui e-mel dan SMS," katanya.
Pada Khamis, Malaysia Airlines membatalkan 19 penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan destinasi di Sabah dan Sarawak berikutan letusan gunung berapi itu, dengan 11 daripadanya adalah ke dan dari Sabah, manakala lapan penerbangan melibatkan Sarawak.
Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu semalam kemudiannya menawarkan pelanggan yang terjejas dengan perubahan sekali bagi jadual perjalanan mereka secara percuma atau memilih bayaran balik penuh tanpa mengira jenis tambang.
Malaysia Aviation Group (MAG) dalam kenyataan semalam berkata pelanggan terjejas yang berhasrat menukar penerbangan atau membatalkan perjalanan mereka boleh berbuat demikian melalui 'My Booking' di laman webnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024
Pada Khamis, Malaysia Airlines membatalkan 19 penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan destinasi di Sabah dan Sarawak. - Gambar fail
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan menegaskan persepsi bahawa Kerajaan memansuhkan atau menghapuskan subsidi diesel adalah tidak tepat.
SKDS 2.0: Pantau pelaksanaan di Semenanjung terlebih dahulu
Armizan berkata masih banyak perkara yang perlu diperhalusi termasuk melihat kepada hasil pelaksanaan di Semenanjung sebelum laksana di Sabah dan Sarawak.
Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya - FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan Malaysia Airlines sebagai penaja utama skuad Harimau Malaya dan badan induk bola sepak kebangsaan itu.
SKDS 2.0: 1 juta fleet card sudah tersedia
Armizan berkata, setakat ini sebanyak 1 juta stok fleet card sudah tersedia untuk memenuhi permintaan 23 jenis kenderaan yang layak melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).
'Tidak timbul isu tender terbuka projek DRT' - MB Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan tidak timbul isu tender terbuka berhubung pelantikan dua syarikat pengendali Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) di negeri itu.
Bursa Malaysia catat kenaikan selepas Google umum pelaburan di Malaysia
Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini tetapi indeks utama naik selepas Google mengumumkan untuk melabur RM9.4 bilion di Malaysia.
Johor giat kembangkan sektor pelancongan kesihatan menjelang TMJ 2026
Kerajaan Negeri Johor sedang giat menjalankan usaha mengembangkan sektor pelancongan kesihatan di negeri itu menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan laluan Sabah, Sarawak, Labuan
Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Letusan gunung berapi Iceland berakhir beberapa hari lagi
Letusan gunung berapi di barat daya Iceland berkemungkinan akan berakhir beberapa hari lagi, menurut Pihak Berkuasa Meteorologi Iceland (Met) pada Jumaat.
Gunung berapi Ibu pula meletus di Indonesia, muntahkan asap setinggi 1,200 meter
Gunung berapi Ibu di Pulau Halmahera di wilayah timur Maluku Utara Indonesia meletus selama kira-kira 90 saat pada 11 pagi waktu tempatan Khamis, memuntahkan abu sehingga 1,200 meter dari puncaknya.
Gunung Marapi meletus, pendaki terkandas rakam, muat naik video minta tolong
Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan seorang wanita yang merakam wajah dan rambutnya yang kotor akibat salutan lumpur abu.
Gunung berapi Anak Krakatau meletus 87 kali tahun ini
Gunung berapi Anak Krakatau di Selat Sunda meletus sebanyak 87 kali pada tahun ini, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG).
Gunung berapi Mayon muntahkan asap, Filipina keluar amaran risiko kesihatan
Terdahulu, lebih 12,800 penduduk yang tinggal di sekitar Mayon dipindahkan ketika ia meletus.
Letusan Gunung Semeru: 13 penduduk terkorban, ribuan hilang tempat tinggal
Letusan turut menyebabkan 98 lagi cedera termasuk dua wanita yang sedang mengandung, selepas abu menyeliputi kampung mereka.
'Air kencing mampu nyahaktif gunung berapi Taal' - Kenyataan Duterte buat rakyat marah
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menerima kecaman ramai selepas mengeluarkan kenyataan tidak senonoh ketika melawat mangsa gunung berapi Taal.
Majlis perkahwinan berlatar belakang kepulan asap gunung berapi
Majlis yang berlangsung di Cavite itu diteruskan dalam keadaan tenang dan damai pada Ahad lalu walaupun sedang berlatarbelakangkan kepulan asap letusan yang jaraknya hanya sekitar 20 kilometer.